Tuesday 18 February 2014

Siapa Buat Fitnah Durjana Ini?


Laporan polis dibuat terhadap seorang pengguna akaun Twitter yang menyebarkan maklumat palsu bahawa khutbah Jumaat mungkin akan diharamkan di masjid-masjid di Pulau Pinang.

Tweet tersebut dihubungkan dengan artikel di sebuah berjudul “Penang pertimbang haramkan Khutbah Jumaat” di blog yang dikaitkan dengan Pakatan Rakyat. Ketua Pemuda DAP Bukit Bendera Mohd Haris Zuan Jaharuddin menafikan blog itu diuruskan Pakatan.

Beliau membuat laporan polis di balai polis Timur Laut di Jalan Pattani hari ini.Akaun Twitter itu dikatakan milik Abdul Aziz Johari, yang didakwa bergiat dalam Pemuda Umno Kuala Nerus, Terengganu.

Tweet yang dirujuk itu berbunyi: “Bukan kuasa Penang pun, kalu buat juga, 'kompem' (sah) perang."

Melampau, dahlah guna blog yang ada kaitan nama dengan PakatanRakyat, fitnah pulak tu. Apa nak jadi dengan orang-orang kita sekarang ini, fitnah semakin menjadi-jadi.

Semenjak dua menjak ini memang banyak benda yang berlaku kat Pulau Pinang yang membabitkan isu perkauman. Aku harap sangat polis dapat ambil tindakan dengan segera.

Benda fitnah berkaitan Agama ini jangan dibawa main-main kerana boleh menyebabkan Islam sesama Islam bertelagah.

No comments:

Post a Comment