Pertubuhan Pribumi Perkasa Kebangsaan (Perkasa) menyahut cabaran PAS
dengan mendesak agar Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) agar
mengambil tindakan terhadap intelektual Melayu, Dr Kassim Ahmad kerana
dikatakan mempersoalkan umat Islam hari ini yang terlalu mendewa-dewakan
Nabi Muhammad.
Menurut Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali, Jakim perlu segera bertindak kerana kenyataan Kassim yang turut mengatakan rambut bukanlah aurat bagi wanita dalam satu forum di Kuala Lumpur semalam sangat serius dan boleh menggelirukan umat Islam di Malaysia.

"Memang jika benar Kasim berkata demikian, ia satu keceluparan yang
dahsyat, wajar di ambil tindakan kerana ia menghina Islam (menghina
Allah), mencabar Majlis Raja-Raja Melayu serta kesannya boleh
mengelirukan kefahaman terhadap Islam," kata Ibrahim dalam satu
kenyataan petang ini.
Dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini, Mahfuz yang merupakan ketua penerangan parti Islam itu mencabar pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pro Umno agar mengadakan bantahan terhadap Kassim yang dikatakan menghina Islam.
Semalam, forum berhubung pemikiran Kassim di Kuala Lumpur turut dihadiri oleh bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. ~tmi

No comments:
Post a Comment