Wednesday 19 February 2014

Debat Anti Hadis: Kassim Ahmad Bakal Cabut Lari?



Sebelum ini aku tertunggu-tunggu juga kot-kotlah ada Ulama UMNO yang bersedia sahut cabaran debat saudara Kassim Ahmad.

Aku dok harap Ustaz Fathul Bari ataupun Ustazah Mashitah mahupun Mufti Negeri boleh memperbetulkan akidah Kassim Ahmad.

Rupa-rupanya kesediaan debat melawan Kassim Ahmad datangnya bukan dari UMNO, Dr Mazalah orangnya.

Sepatutnya selaku pemerintah merekalah yang seharusnya mempertahankan akidah umat Islam terlebih dahulu kerana kenyataan Kassim Ahmad boleh menghakis Akidah umat Islam ekoran dari kenyataan Kassim Ahmad yang dilihat merendahkan taraf Nabi Muhammad SAW.
Cadangan aku lagi cantik kalau Sinar Harian atau Majalah I boleh jemput Tun Mahathir sebagai tetamu khas.

Kot-kotlah bila dia mendengar ulasan yang diberikan Dr Maza boleh berubah sedikit pendirian dia yang mempertahankan kenyataan Kassim Ahmad. Aku doakan semoga semuanya berjalan dengan lancar.

No comments:

Post a Comment