Wednesday 19 February 2014

Najib Makin Tertekan, Lagi Desakan Letak Jawatan

Pengerusi Star Sabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan mendesak Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan sebelum membuat lebih banyak kerosakan, dan mencadangkan agar ahli parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dilantik menggantikan beliau.

"Jika Najib enggan berbuat demikian, Majlis Tertinggi Umno patut bermesyuarat dan memecat beliau sebagai presiden parti dan mencadangkan alternatifnya."Dalam keadaan ini, Star Sabah fikirkan tidak ada calon yang lebih baik melainkan Tengku Razaleigh menjadi Perdana Menteri," kata Jeffrey.

Bagi beliau, ahli parlimen Gua Musang itu sepatutnya sudah menjadi perdana menteri pada tahun 1987 jika Mahkamah Tinggi mengambil kira 30 cawangan haram yang menyokong Dr Mahathir, memberikan jawatan itu kepada Tengku Razaleigh.

Jeffrey mengulas desakan bekas timbalan menteri yang meletakkan jawatan, P Waytha Moorthy yang meminta Najib meletakkan jawatan selepas gagal menunaikan janjinya untuk membela masyarakat India.

Pemimpin Hindraf itu mendesak agar Najib mengakui kelemahannya.Beliau juga berkata, seluruh menteri kabinet sepatutnya malu dengan sikap Najib itu.

Dalam kenyataannya hari ini, Waytha bekas timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, Najib sepatutnya mengakui kelemahannya secara terbuka kepada masyarakat India.

"Najib bukan pemimpin. Sebenarnya dia seorang yang sangat bahaya kerana dia hanya menjaga kepentingan dirinya sahaja."Pemimpin adalah orang yang menyelesaikan masalah, bukan mencipta masalah," kata Dr Jeffrey. ~tmi

Punca Kekecohan Melampau Di Pulau Pinang Di Kesan

Sebuah laman Facebook 'Boikot Barangan Cina DAP' seolah-olah mendakwa ahli parlimen DAP, Steven Sim yang terlibat melontar sekeping daging dipercayai daging babi ke pintu masuk Masjid Cheruk Tok Kun Atas, Ahad lalu.

Posting yang bertajuk 'Cina Lontar Daging Babi Depan Pintu Masjid' itu seolah-olah mendakwa Sim terlibat dengan kejadian itu.

Boss Asia Terperanjat MAS Rugi RM1.17 Bilion

Putrajaya perlu mengkaji semula polisinya terhadap industri penerbangan selepas kerugian RM1.17 bilion yang ditanggung oleh syarikat penerbangan kerajaan MAS, kata pengasas AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes (gambar).

Fernandes berkata, beliau terkejut dengan jumlah kerugian yang ditanggung oleh MAS itu. "Keseluruhan industri penerbangan perlu dikaji semula," katanya kepada The Malaysian Insider melalui telefon hari ini.

"Saya Dah Jumpa Najib Sebanyak 16 Kali Tapi Membazir" - Waythamoorthy

Pengerusi Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) yang juga bekas Timbalan Menteri P. Waythamoorthy berkata, beliau telah menemui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebanyak 16 kali tetapi tidak membuahkan sebarang hasil.

"Saya ingin menyatakan bahawa dalam tempoh lapan bulan lepas saya telah mengadakan pertemuan dengan PM sebanyak 16 kali. Dalam setiap pertemuan itu saya mengusulkan penamaan unit baru dan bajet seperti yang dijanjikan kepada saya sebelum ini, " katanya.

Debat Anti Hadis: Kassim Ahmad Bakal Cabut Lari?



Sebelum ini aku tertunggu-tunggu juga kot-kotlah ada Ulama UMNO yang bersedia sahut cabaran debat saudara Kassim Ahmad.

Aku dok harap Ustaz Fathul Bari ataupun Ustazah Mashitah mahupun Mufti Negeri boleh memperbetulkan akidah Kassim Ahmad.

Kisah Dari Sweden Yang Anda Tidak Ingin Dengari..

Tiada saksi dipanggil oleh pihak pendakwa untuk memberi keterangan pada hari pertama perbicaraan pasangan rakyat Malaysia di mahkamah daerah Solna di Stockholm, Sweden, kata Pengerusi Sukarelawan Peguam Untuk Semua (Sukaguam), Datuk Khairul Anwar Rahmat.

Patutlah Ceramah Anwar Di Kajang Aman Damai, Tidak Di Ganggu Samseng.. Ini Puncanya


Dulu semasa PRU 13 boleh dikatakan amat kerap ceramah jelajah DSAI seluruh negara sering diganggu kacau oleh mereka yang tidak bermoral dan berakhlak bersifat macam samseng yang tidak bertamadun dalam berpolitik.

Anwar Akan Menang Dengan Majoriti Lebih Besar Di PRK Kajang.. Ini Fakta Terbaru

DAP berikrar akan memastikan calon Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim memperoleh kemenangan dengan majoriti lebih besar pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang, 23 Mac ini.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Tahun Baru Cina Wanita DAP Kebangsaan di Gelanggang Bola Keranjang, Kampung Sungai Chua, Kajang, semalam.

Ini Dia Pengikut Setia Golongan Anti Hadis..

Ketika banyak pihak secara agresif mempertikaikan Kassim Ahmad, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamed hari ini tampil mempertahankan yang dituduh anti-Hadis itu.

Mahathir berkata, Kassim sering disalah ertikan dan dilabel oleh pihak yang gagal berhujah dengan pemikir kontroversi itu.

Anwar Dedah Punca Mahathir Dan Daim Mengidap Penyakit Meroyan..

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir dan sekutu rapatnya, Tun Daim Zainuddin antara individu yang paling takut dan bimbang sekiranya Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyertai pentadbiran Selangor. “Bila dengar sahaja Anwar nak masuk ke Selangor, (Tun) Daim tak senang duduk.

Meroyan dia dengar Anwar nak tanding (PRK DUN) Kajang, “(Tun) Dr Mahathir yang sedang tidur (berehat) pun bangun (berkempen) bila tahu Anwar nak masuk Selangor,” kata Anwar dalam ceramah kelompok di Padang Pusat Komuniti Kg Sungai Kantan, malam tadi